MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Pahang

Kuantan 160 dapat sambutan

KUANTAN 3 Jun - Sejak mula diperkenalkan pada 2012, penyertaan peserta dalam acara kayuhan basikal yang terbesar di Pantai Timur, Kuantan Century Ride (Kuantan 160) sentiasa meningkat setiap tahun.

Pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Idros Yahya berkata, jumlah peserta yang menyertai acara itu pada tahun ini adalah 2,147 berbanding 1,911 (2013) dan 780 (2012).

"Jumlah negara yang menyertai acara ini juga meningkat pada setiap tahun iaitu 13 pada 2012, 23 (2013) dan 25 (2014).

"Jadi, kita berharap Kuantan 160 ini akan terus mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pengayuh-pengayuh tegar bukan sahaja di dalam negara ini, malah di luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penutupan Kuantan 160 yang diadakan sempena memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1, di sini kelmarin.

Pada sebelah pagi, pelepasan peserta disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani ne­geri, Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Sementara itu, Idros berkata, Kuantan 160 bukan acara lumba basikal tetapi diadakan bagi menggalakkan sukan berbasikal, mempromosi gaya hidup sihat, memperkenal destinasi serta meningkatkan sosio­ekonomi di negeri ini.


Sumber:Utusan malaysia