MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Pahang

2 remaja ditahan curi motosikal

Dua remaja  bawah umur ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dalam kes curi motosikal.

Kedua-dua remaja berusia 16 tahun itu ditahan ketika menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah pasar raya di perkampungan Kampung Padang Baru di sini, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kuantan secara kebetulan melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan itu sebelum terserempak dengan remaja terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota terlibat menahan penunggang dan pembonceng itu untuk pemeriksaan.

“Seterusnya kita bertindak menahan kedua-dua mereka ekoran hasil pemeriksaan mendapati nombor enjin motosikal jenis Honda C70 itu tidak dapat dibaca kerana terdapat kesan ia diganggu-gugat.

“Remaja terbabit bersama motosikal dibawa ke balai untuk siasatan lanjut termasuk mengenal pasti identiti sebenar motosikal itu sama ada ia kenderaan curi atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, pihaknya turut melakukan siasatan sama ada remaja terbabit terlibat dalam kejadian motosikal atau terlibat dalam jenayah lain.

Bagaimanapun katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua remaja itu bebas sebarang pengaruh dadah.

sumber:Sinar harian