MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Jerantut

Latest News for Jerantut in "General"

Dah tak mampu menangis!

Jerantut: Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu nasib dialami suami isteri yang terpaksa menanggung kerugian lebih RM60,000 akibat banjir yang melanda Kampung Paya Teh, di sini, baru-baru ini.

Mana tidaknya, bukan saja rumah mereka ditenggelami air sedalam lima meter, malah tanaman serta haiwan ternakan milik pasangan itu musnah serta maut dalam bencana berkenaan.

Menurut Rojas Harun, 66, dia dan isterinya, Aminah Awang Hitam, 62, tidak menyangka banjir kali ini meranapkan hampir keseluruhan harta bendanya selepas mengalami nasib sama pada 2014.

Al-Quran kalis api

Jerantut: Seorang mangsa kebakaran di Kampung Batu 1, dekat sini, semalam, terkejut apabila mendapati hanya al-Quran miliknya saja yang terselamat daripada dijilat api.

Dalam kejadian pada jam 6 pagi, tiga unit rumah sewa dan rumah milik lelaki itu hangus terbakar mengakibatkan dia kerugian kira-kira RM80,000.

Menceritakan kejadian itu, Roslan Deris, 44, berkata, dia memasak makanan untuk persiapan menjual di kedainya yang terletak tidak jauh dari rumanya.

“Tiba-tiba saya dikejutkan dengan jeritan rumah terbakar dari belakang kedai lalu segera keluar dan mendapati api marak bermula dari salah sebuah rumah jiran.

MTNR sasar 160,000 pengunjung

Mutiara Resort Taman Negara (MTNR), Jerantut menyasarkan seramai 160,000 orang pelawat domestik dan pelancong dari Eropah berkunjung ke Taman Negara dan menginap di resort berkenaan tahun ini.

Sasar tanam 10,000 pokok kelapa mantak

Sebanyak 10,000 pokok kelapa mantak disasarkan untuk ditanam di beberapa buah kampung di daerah ini sepanjang tahun ini dan langkah ini secara langsung mampu menjadikan Jerantut pengeluar terbesar tanaman berkenaan.

Sasar tanam 10,000 pokok kelapa mantak

JERANTUT 15 Feb. - Sebanyak 10,000 pokok kelapa mantak disasarkan untuk ditanam di beberapa buah kampung di daerah ini sepanjang tahun ini dan langkah ini secara langsung mampu menjadikan Jerantut pengeluar terbesar tanaman berkenaan.

Sungai cetek fenomena luar biasa

Kajian terperinci perlu dilakukan segera bagi mengenal pasti punca berlakunya fenomena sungai cetek di sepanjang Sungai Tembeling selepas banjir besar surut.

Ganti alat pembelajaran

Jerantut: Kementerian Pendidikan akan mempercepatkan usaha menggantikan peralatan pembelajaran termasuk komputer dan buku teks di sekolah yang terjejas akibat banjir.

Perlu ramai sukarelawan

Tenaga sukarelawan terus ditagih untuk membantu membersihkan sekolah di daerah ini yang dilanda banjir bagi memastikan sesi baharu persekolahan Isnin ini berjalan lancar.

60 pelancong asing terkandas

JERANTUT 25 Dis. - Setelah terkandas selama empat hari di Taman Negara Kuala Tahan dekat sini berikutan banjir yang melanda kawasan itu, 60 pelancong asing selamat dibawa keluar menggunakan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malay­sia (JBPM) dalam operasi bermula pukul 9.30 pagi hari ini.

Jerantut putus bekalan air

JERANTUT 25 Dis. - Penduduk di daerah ini terputus bekalan air sejak dua hari lalu berikutan kotak suis di tujuh loji di sini ditenggelami banjir.